Saturday, 3 March 2012

+Felt Cr@ft+

Assalamualaikum...

hye..hye..hye!!!

wah..erm..urmm...

macam-macam perasaan kan?
huhu..minggu ni adik penat sangat! nak tau x kenapa? erm..biasa la kan..life seorang student..ni adik baru je abis periksa MUET! huh! akhirnya berakhir juga MUET tu..erm..so far so good la..adik berpuas hati..mudah-mudahan adik dapat result yang cemerlang!!AMIN...

hah! menyentuh pada perihal felt craft..actually adik tengah belajar utk buat craft daripada kain felt ni..actually adik nak buat bisness craft felt ni..apa pendapat korang? adik harap rancangan adik ni menjadi and adik memerlukan sokongan dari banyak pihak..terutamanya daripada korang..erm..sebrang cadangan boleh letak kat komen adik ni..erm..nanti kalau ada apa-apa craft yang da siap, adik akan upload kt blog ni k?hehe..


*sekarang ni adik nak belajar jahit baju kurung sendiri..hopefully hati adik ni terang untuk menerima tunjuk ajar daripada ibu...sayang ibu!

++Tidakk!!!++




Assalamualaikum…

Hehe…ape yang tidak tu ekk??korang agak-agak sebab ape?hehe..adik just nak cakap katakan
TIDAK PADA PEROKOK!..huhu..pada perokok tu maknanya TIDAK JUGA PADA ROKOK!..huh.! x suke..

Mesti plik kan kenapa tiba-tiba je adik cakap pasal rokok?

Cmni citernye..masa adik tengah cuti semester, adik n ibu adik berjalan di bandar,,then lepas tu kami pun mnum disebuah kafe ni…tengah minum sekali adik Nampak ade orang merokok!. Aik pelik ke ade orang merokok? Erm.. mmg la x pelik..tp kalau yang merokok tu kaum adam..masalah nya sekarang adik Nampak kaum hawa yang merokok..selamba je merokok kat public! Adik macam tak puashati, geram, dan macam-macam lagi! Huh..kebetulan pulak adik niy memang x suka orang yang merokok..bahaya tau!bukan x suka sebab apa, adik x tahan dengan bau die..hehe..:)



haa..ni la yg adik nampak tu!!..huhu



Bagi kaum lelaki, mungkin itu adalah perkara biasa, tapi bagi kaum perempuan?? Biasa ke??

Erm cube korang baca petikan akhbar utusan ni….

“SEMUA setuju jika dikatakan golongan wanita pada zaman ini lebih maju, berpelajaran dan berjaya. Peningkatan taraf hidup serta kejayaan ini membolehkan mereka mempunyai kuasa maksimum untuk berbelanja dan membuat pilihan membeli apa yang diingini melalui pendapatan yang diperoleh.
Namun, di sebalik semua kecemerlangan dikecapi wanita itu, dek kemodenan dan peredaran zaman, sama ada kita sedar atau tidak, jumlah pembabitan kaum hawa dalam aktiviti sosial terutamanya merokok juga semakin meningkat naik.
Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) membuktikan, peratusan jumlah wanita yang merokok meningkat di negara membangun termasuk Malaysia, sementara angka perokok lelaki mula menunjukkan penurunan”
Pelik kan? Kenapa boleh jadi macam ni ye? Bukan setakat wanita bekerjaya je..malah pelajar sekolah sekarang pun dah terjebak dengan gejala ni..erm..sedih bila fikirkan..
Banyak factor yang menyebabkan mereka ini terjebak dengan aktiviti merokok, n adik rase korang pun mesti tau kan?
Erm..tapi  tau x apa implikasi merokok ni? Mesti korang tau kan?tapi kaum wanita yang merokok lebih banyak implikasinya dari lelaki..ap ekk? Meh adik share kat korang..ni yang adik tawu je la..


·       Mempunyai kadar lebih tinggi untuk penyakit kanser paru-paru, serviks, payudara..
·       Kadar kesuburan menurun sebanyak 30% berbanding wanita yang tidak merokok! Erm..banyak tu..
·       Boleh juga menghidapi penyakit barah rahim yang membuatkan wanita tidak boleh hamil..

Dan jika wanita itu sedang hamil, akan berlaku :

  • ·       Perencatan pertumbuhan janin disebabkan oleh penurunan aliran darah ke dalam plasenta.
  • ·       Peningkatan kadar kematian janin (perinatal).
  • ·       Kecacatan kepada bayi seperti kecacatan kepada bibir dan palate (`cleft lip dan palate’)
  • ·       Peningkatan risiko untuk mengalami sawan.
  • ·       Kelahiran sebelum tempoh matang (atau tidak cukup bulan)
  • ·       Keguguran
  • ·       Penurunan berat badan bayi sebanyak 150-200 gm
  • ·       Perkembangan sistem saraf yang tidak normal (contoh: strabismus)



Erm bahaya kan? Kesian kat baby tu..huhu..

Nasihat adik, pada yang merokok tu, berhentilah dari sekarang..mungkin ianya memberi kepuasan sekarang, tapi akan datang? Kita sendiri yang menderita.

Ingat lagi kata-kata ibu, “MEROKOK NI IBARAT KITA MEMBUNUH DIRI KITA SENDIRI”

Ok la..nanti adik sambung lagi ea?

Assalamualaikum..

Monday, 20 February 2012

+ENGLISH!!+


+ASSALAMUALAIKUM+

Hye..so untuk entry yang pertama niy..*pertama ke??..hehe,,adik nak share pasal adik punye MUET Speaking test!.huh..berdebar jantungku bila mendengar namamu!..nyanyi la pulak kan?heh..erm..pagi2 lagi pkul 5.30am adik da bangun..semangat kan?then kul 7.10am adik ngan kengkawan adik da bergerak ke poli..mmg berdebar sesangat mase tu..rase sejuk tu adik dapat rasa dr ujung rambut sampai ujung kaki..

Then, kat sane kami diberikan kumpulan, 1 kumpulan tu ada 4 orang which is Candidate A,B,C and D. adik  jadi candidate A..seronok bukan?huhu..then adik masuk bilik tu dengan yakinnya..*ilangkan rasa gementar..tajuk yang adik dapat “WHICH IS THE IMPORTANT ROLE IN OUR SOCIETY”. And adik dapat point doctor..senanglah juga, tapi disebabkan adik ni x pandai sangat nak speaking bahasa mat saleh ni..adik pun hentam je la..asalkan examiner tu faham apa yang adik cube sampaikan..hehe..kitorang takde sebarang masalah untuk tajuk tu sebab adik rasa tajuk tu sangat mudah untuk adik dan kawan2 adik huraikan..tapi disebabkan kami tidak fasih berbahasa inggeri, jadi kami gugup..dan cakap pun mesti ade perkataan niy...erm..ah..urr..blur btol..sampai adik terkluar perkataan 'lah'..segan nya mase tu..=='

So, sebagai pelajar, adik rasa kita kene sentiase bersedia dan mendalami bahasa yang menjadi bahasa terpenting sebab berbahasa inggeris bukan sahaja digunakan semata-mata untk ambil MUET ok! Penting juga bila kite nak apply kerja nanti..

sO, untuk entry kali ni adik nak share beberapa tips supaya kita boleh bercakap bahasa inggeris dengan confident dan lancar..

1.      Hendaklah sentiasa yakin dengan perkataan yang kita guna.
2.      Pilih sekurang-kurangnya 5 perkataan baru untuk kita pelajari. Dan gunakan perkataan itu dalam kehidupan seharian *yang simple pun xpe yang penting kita faham.
3.      Cuba bercakap dengan rakan, lecturer or cikgu, even family anda dalam bahasa inggeris, dalam bahasa yang mudah pun xpe, tapi perlulah menaiktaraf sikit penguasaan dari hari kehari..:)
4.      Dengar dan nyanyi lagu bahasa inggeris *biar lidah tak keras untuk sebut sesuatu perkataan..hehe..kalau boleh dalami maksud nya..
5.      Tengok cerita pun, tengoklah citer bahasa inggeris, sbb biasa kan ada subtitle, pelajari dari situ dan anda akan belajar dengan perkataan yang baru..
6.      Jadikan kamus sebagai teman baik anda..:)..
7.      Jadikan seseorang sebagai pencabar anda untuk bercakap dalam bahasa inggeris. Contohnya ada kawan kita tu pandai English, jadikan dia sebagai pencabar agar kita jadi lebih baik dari dia..
8.      Petua penting! Pelajari perbandaharaan kata English, dalam bahasa singkat die VOCABULARY! X susah kan sbb adik rasa dari sekolah rendah kita dan start belajar vocabulary, kita hanya perlu amalkan dan kuasai..*buat lah nota ringkas skit..huhu..:)
9.      Erm..adik rasa mesti sebahagian korang suka tlis diary, or blog..haa! adik rasa untuk kuasai English ni, apakata korang try tulis semua ni dalam English..x dapat 100%, 80% pun jadilah kan..*adik akan try untuk adik juga! Yeeha! 
10.   Niat dalam hati dan keinginan kita sendiri..kenapa adik tulis macam ni???erm sebab biasanya generasi muda kini, adik xambil contoh jauh la..adik ambil contoh diri adik je..kebiasaannya, kita ni hanya hangat-hangat tahi ayam je..sebab ape? Kengkadang kita ni mudah bosan melakukan sesuatu perkara tu berulang kali..so tanamkan dalam hati niat serta azam kita, kenapa kita nak improve English kita..bak kate orang la..kita kene firm,,belajar sampai ketitisan darah yang terakhir…cewah!

Ok lah..ni je tips yang adik rasa mudah untuk kita praktikkan..ingat ye kawan-kawan..usaha tangga kejayaan! chayo2!!! adik rasa sampai sini je entry adik kali niy..*ni pun ase da panjang..harap x bosan..:) and korang dapat sesuatu input..

if korang nk share input2 yang menarik untuk menguasai english niy..jangan segan silu untuk meninggalkan comment k...



***mesti tertanye2..knape bahasekan nama adik! cube korang terbalikkan perkataan adik! akan dapat nama singkatan saya..! huhu..



Saturday, 18 February 2012

+im new!+

huh! setelah beberapa bulan aku kehilangan blog,facebook and even email..aku kembali..aku harap siapa yang buat tak baik tu sedar la..buat apa nak aniaya orang macam aku ni? xdapat duit pown..


tpi aku kembali dengan semangat dan aku yang baru..just keep in touch..:)