Saturday, 3 March 2012

+Felt Cr@ft+

Assalamualaikum...

hye..hye..hye!!!

wah..erm..urmm...

macam-macam perasaan kan?
huhu..minggu ni adik penat sangat! nak tau x kenapa? erm..biasa la kan..life seorang student..ni adik baru je abis periksa MUET! huh! akhirnya berakhir juga MUET tu..erm..so far so good la..adik berpuas hati..mudah-mudahan adik dapat result yang cemerlang!!AMIN...

hah! menyentuh pada perihal felt craft..actually adik tengah belajar utk buat craft daripada kain felt ni..actually adik nak buat bisness craft felt ni..apa pendapat korang? adik harap rancangan adik ni menjadi and adik memerlukan sokongan dari banyak pihak..terutamanya daripada korang..erm..sebrang cadangan boleh letak kat komen adik ni..erm..nanti kalau ada apa-apa craft yang da siap, adik akan upload kt blog ni k?hehe..


*sekarang ni adik nak belajar jahit baju kurung sendiri..hopefully hati adik ni terang untuk menerima tunjuk ajar daripada ibu...sayang ibu!

++Tidakk!!!++




Assalamualaikum…

Hehe…ape yang tidak tu ekk??korang agak-agak sebab ape?hehe..adik just nak cakap katakan
TIDAK PADA PEROKOK!..huhu..pada perokok tu maknanya TIDAK JUGA PADA ROKOK!..huh.! x suke..

Mesti plik kan kenapa tiba-tiba je adik cakap pasal rokok?

Cmni citernye..masa adik tengah cuti semester, adik n ibu adik berjalan di bandar,,then lepas tu kami pun mnum disebuah kafe ni…tengah minum sekali adik Nampak ade orang merokok!. Aik pelik ke ade orang merokok? Erm.. mmg la x pelik..tp kalau yang merokok tu kaum adam..masalah nya sekarang adik Nampak kaum hawa yang merokok..selamba je merokok kat public! Adik macam tak puashati, geram, dan macam-macam lagi! Huh..kebetulan pulak adik niy memang x suka orang yang merokok..bahaya tau!bukan x suka sebab apa, adik x tahan dengan bau die..hehe..:)



haa..ni la yg adik nampak tu!!..huhu



Bagi kaum lelaki, mungkin itu adalah perkara biasa, tapi bagi kaum perempuan?? Biasa ke??

Erm cube korang baca petikan akhbar utusan ni….

“SEMUA setuju jika dikatakan golongan wanita pada zaman ini lebih maju, berpelajaran dan berjaya. Peningkatan taraf hidup serta kejayaan ini membolehkan mereka mempunyai kuasa maksimum untuk berbelanja dan membuat pilihan membeli apa yang diingini melalui pendapatan yang diperoleh.
Namun, di sebalik semua kecemerlangan dikecapi wanita itu, dek kemodenan dan peredaran zaman, sama ada kita sedar atau tidak, jumlah pembabitan kaum hawa dalam aktiviti sosial terutamanya merokok juga semakin meningkat naik.
Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) membuktikan, peratusan jumlah wanita yang merokok meningkat di negara membangun termasuk Malaysia, sementara angka perokok lelaki mula menunjukkan penurunan”
Pelik kan? Kenapa boleh jadi macam ni ye? Bukan setakat wanita bekerjaya je..malah pelajar sekolah sekarang pun dah terjebak dengan gejala ni..erm..sedih bila fikirkan..
Banyak factor yang menyebabkan mereka ini terjebak dengan aktiviti merokok, n adik rase korang pun mesti tau kan?
Erm..tapi  tau x apa implikasi merokok ni? Mesti korang tau kan?tapi kaum wanita yang merokok lebih banyak implikasinya dari lelaki..ap ekk? Meh adik share kat korang..ni yang adik tawu je la..


·       Mempunyai kadar lebih tinggi untuk penyakit kanser paru-paru, serviks, payudara..
·       Kadar kesuburan menurun sebanyak 30% berbanding wanita yang tidak merokok! Erm..banyak tu..
·       Boleh juga menghidapi penyakit barah rahim yang membuatkan wanita tidak boleh hamil..

Dan jika wanita itu sedang hamil, akan berlaku :

  • ·       Perencatan pertumbuhan janin disebabkan oleh penurunan aliran darah ke dalam plasenta.
  • ·       Peningkatan kadar kematian janin (perinatal).
  • ·       Kecacatan kepada bayi seperti kecacatan kepada bibir dan palate (`cleft lip dan palate’)
  • ·       Peningkatan risiko untuk mengalami sawan.
  • ·       Kelahiran sebelum tempoh matang (atau tidak cukup bulan)
  • ·       Keguguran
  • ·       Penurunan berat badan bayi sebanyak 150-200 gm
  • ·       Perkembangan sistem saraf yang tidak normal (contoh: strabismus)



Erm bahaya kan? Kesian kat baby tu..huhu..

Nasihat adik, pada yang merokok tu, berhentilah dari sekarang..mungkin ianya memberi kepuasan sekarang, tapi akan datang? Kita sendiri yang menderita.

Ingat lagi kata-kata ibu, “MEROKOK NI IBARAT KITA MEMBUNUH DIRI KITA SENDIRI”

Ok la..nanti adik sambung lagi ea?

Assalamualaikum..